Wednesday, July 23, 2008

Pemimpin Islam Terus Masuk Perangkap kuffar

Selasa, 22 Julai 2008 17:23
Sekali lagi pemimpin umat Islam masuk perangkap kuffar. Mereka akan melaungkan satu idea yang sememangnya datang dari Barat dan bercanggah sama sekali dengan Islam. Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-41 yang akan diadakan sehingga 24 Julai ini, delegasi Malaysia akan diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan beliau dijangka memberi penekanan kepada bentuk pengisian hak asasi manusia yang akan dimasukkan ke dalam Piagam ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa berkata, negara-negara Timur memiliki nilai-nilai tersendiri dalam aspek menjaga hak asasi manusia dan Rais dijangka membentangkan input-input itu kepada rakan-rakan sejawatannya dalam mesyuarat AMM itu.

Hak Asasi Manusia yang sebelumnya dikenali sebagai ‘hak-hak tabii’ (Natural Rights) merupakan sebuah produk pemikiran yang dominan di sekitar zaman pencerahan (renaissance) di Eropah. Ia lahir sebagai suatu penentangan terhadap manipulasi pihak gereja dan Raja Eropah terhadap rakyat atas nama hak ketuhanan yang ada pada raja (divine rights of the king). Sebelum zaman pencerahan Eropah, golongan gereja dan bangsawan selalu menghisap darah rakyat dan mendakwa mereka mewarisi hak dari Tuhan di mana rakyat tidak memiliki hak selain patuh kepada institusi gereja dan raja. Kemudian, disebabkan rasa tidak puas hati kerana sering ditindas semahunya oleh gereja dan golongan bangsawan, golongan cendekiawan dan kelompok-kelompok pedagang yang terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada Institusi beraja mula bangkit. Mereka memobilisasi kelompok karyawan dan pekerja untuk mencetuskan Revolusi Perancis (1779-1789) dan dari saat inilah mereka mempopularkan idea hak asasi yang kemudiannya dijadikan slogan Revolusi Perancis. HAM kemudian dijadikan piagam dalam konstitusi Perancis yang ditetapkan tahun 1791. Sebelum itu slogan-slogan ini diangkat dalam revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776. Secara umum, HAM kemudian diterima pakai oleh seluruh negara Eropah pada abad ke 19, cuma pada saat itu HAM hanya menjadi urusan dalam negara masing-masing.

HAM baru menjadi peraturan antarabangsa setelah Perang Dunia Kedua dan setelah berdirinya PBB, iaitu pada saat diumumkan UDHR pada tahun 1948. Kemudian, pada tahun 1961, deklarasi ini disusuli dengan Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Sivil dan Politik (International Covenant on Civil and Political Rights). Pada tahun 1966, diumumkan pula Perjanjian Antarabangsa Tentang HAM, Ekonomi, Budaya dan Sosial. Meskipun demikian, semua ketetapan mengenai HAM tetap kekal sebagai sebuah peraturan antarabangsa dan AS baru berjaya menjadikannya sebagai undang-undang sejagat (iaitu peraturan yang tidak hanya diterima pakai oleh negara, tapi oleh individu rakyat di dalam negara) selepas tahun 1993, atau dua tahun selepas AS mendominasi PBB secara solo di peringkat antarabangsa setelah kejatuhan Sosialisme. Untuk mengukuhkan lagi HAM sebagai undang-undang dunia, AS kemudian menjadikan HAM sebagai salah satu asas strategi polisi luar negerinya. Ini terjadi pada akhir dekad 70-an pada masa kepimpinan Presiden Jimmy Carter. Sejak dari itu, Jabatan Luar Negara rejim AS selalu mengeluarkan penilaian tahunan mengenai komitmen negara-negara dunia untuk menerapkan HAM. Penilaian tahunan itu juga menilai sejauh mana negara-negara itu memberikan toleransi kepada rakyatnya untuk menjalankan HAM.

HAM yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia mahupun yang diperjuangkan oleh segelintir rakyat Malaysia sesungguhnya berakar umbi dari UDHR yang telah diumumkan oleh PBB. Sebagai sebuah badan kufur dan didominasi oleh negara-negara kufur, sudah selogiknyalah UDHR/HAM itu digubal menurut pemikiran kufur mereka. Tunjang kepada HAM adalah ‘kebebasan’ dan secara amnya, empat jenis kebebasan menjadi tunggak utamanya yang mana hal ini termanifestasi dari setiap peruntukan undang-undang atau amalan yang dipraktikkan dalam mana-mana negara pun, termasuklah Malaysia.

Selama mana umat Islam masih tetap membincangkan isu HAM ini, maka selama itulah bermakna umat Islam terus terjerat dengan agenda kuffar Barat ini untuk menghancurkan lagi Islam.

Menurut undang-undang HAM, semua manusia adalah sama, tidak kira lelaki atau perempuan, anak sahtaraf atau anak zina. Bagi mereka lelaki dan perempuan adalah sama, tidak ada aurat yang membezakan. Mereka membolehkan anak zina mewarisi harta bapa, mereka membolehkan perkahwinan sesama wanita dan juga sesama lelaki dan banyak lagi kekejian lainnya yang mereka bawa atas nama HAM. Adapun Islam telah merincikan hak manusia dari dalam kandungan lagi di mana adanya hukum diyat ke atas janin yang dibunuh atau terbunuh. Janin mempunyai hak untuk hidup dan haram bagi ibunya melakukan pengguguran dengan sengaja. Jika si ibu sengaja menggugurkan janinnya, maka dia wajib membayar satu per sepuluh diyat dan diyat ini dibayar kepada Negara. Namun jika si suami memukul isterinya hingga menyebabkan keguguran, diyat (yang sama jumlahnya) hendaklah dibayar kepada si isteri tadi. Dari segi pemilikan harta umum pula (milkyyahl ‘ammah) seperti hasil gas, petroleum dan bahan galian lainnya, janin mempunyai hak yang sama sebagaimana orang dewasa dan tidak boleh dikurangkan sedikit pun. Ini baru sedikit rincian hukum Islam ke atas janin, belum lagi kita membincangkan keseluruhan hukumnya dan belum masuk lagi hukum-hukum yang lain. Apakah dengan sempurnanya hukum Allah sejak lebih 1,300 tahun yang lalu (sebelum HAM diperkenalkan lagi), kita masih sanggup ingin memperjuangkan HAM?
 
Di bawah HAM, seseorang wanita itu dibolehkan untuk melahirkan atau menggugurkan kandungannya (tidak kira sama ada anak itu hasil dari perkahwinan, perzinaan atau perkosaan) bergantung kepada keputusan si ibu. Isu ini telah mengundang suatu perdebatan moral yang tidak putus-putus di kalangan mereka. Mereka bergaduh dan berdebat di seputar hak janin di dalam kandungan wanita sama ada ia (janin) mempunyai hak untuk hidup atau tidak. Perdebatan sekitar hak asasi ibu dan hak asasi janin ini berlanjutan tanpa adanya kata putus [lihat wikipedia Pro-life vs Pro Choice]. Perdebatan moral yang tidak berkesudahan juga timbul di kalangan mereka apabila mereka membincangkan tentang kahwin sesama jenis di mana kelompok-kelompok gay dan lesbian akhirnya mendapat hak mereka di bawah nama HAM. Kekejian ini malah menular ke dalam institusi gereja, sehingga menyebabkan gereja berpecah kepada dua iaitu golongan liberal dan konservatif di mana gereja liberal telah menjadi tempat kelompok gay dan transeksual mendapat ‘restu’ atas perbuatan keji mereka [BBC 16 Jun 2007].

Ini baru muqaddimah HAM, yang telah pun memberi gambaran tentang kejijikan dan kebobrokan idea yang di bawa oleh HAM dan bagaimana ia bertentangan dengan Islam secara nyata, apatah lagi jika ditinjau HAM secara keseluruhan!

Source: MyKhilafah.com

Posted by wartawan at 01:17:50 | Permalink | Comments (1) »

Saturday, July 19, 2008

Tambah Rebat - Penyelesaian akal Kapitalis

   
Sidang parlimen diteruskan pada 16hb lalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan meningkatkan jumlah rebat tunai yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak. Ini, menurut pandangan ahli-ahli Parlimen sebagai satu penyelesaian. Adakah ia benar-benar satu penyelesaian? Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud). Menurut Hamim, polisi rebat tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan amat baik tetapi jumlahnya tidak sesuai kerana penduduk berpendapatan rendah tidak mendapat bantuan sepenuhnya bagi menghadapi beban kenaikan harga petrol dan diesel.

Rebat sebanyak RM625 dan RM150 yang diberikan kepada pengguna kereta di bawah 2,000cc dan motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc sebagai menampung pertambahan kos minyak akibat kenaikan harga minyak mendadak baru-baru ini tidak boleh dilihat sebagai satu bentuk penyelesaian yang sebenar dan menyeluruh walaupun ia dapat meredakan sedikit kesusahan. Ini adalah kerana, kesan sampingan lain seperti kenaikan harga barang makanan, keperluan dan barang domestik lain pastinya tidak akan diberi ‘pampasan’ yang sama oleh kerajaan.

Lebih menyedihkan lagi apabila melihat wakil-wakil rakyat di Parlimen membangkitkan isu ketidakcukupan jumlah rebat yang diberikan kepada pengguna kenderaan. Para perwakilan yang duduk di dalam kerusi empuk Parlimen tidak pernah berfikir di luar daripada kepompong pemikiran kapitalis. Disebabkan itulah segala penyelesaian yang diberikan tidak pernah menyelesaikan masalah. Wakil rakyat di Parlimen seharusnya melihat apakah penyelesaian kepada isu kenaikan harga minyak dari perspektif Islam. Perkara yang menjadi masalah utama bukanlah isu rebat. Rebat ini hanyalah umpama gula-gula yang diberi oleh pemerintah sahaja, untuk menutup mulut rakyat. Isu utama di sini ialah para pemerintah Kapitalis yang telah merampas harta milik rakyat (minyak) ini dan diperlakukan sedemikian rupa untuk mengkayakan mereka. Walhal menurut Islam, minyak adalah milik umat dan segala kekayaan daripada hasil minyak wajib dikembalikan kepada umat. Inilah yang sepatutnya mereka lakukan, yakni mengembalikan kekayaan milik umat ini ke tangan umat, bukannya dengan merampas harta rakyat dan menggula-gulakan rakyat dengan rebat.

Walaupun Hamim percaya bantuan rebat tunai yang lebih tinggi kepada pemilik-pemilik kenderaan terutama motosikal akan memberi insentif kepada mereka untuk memperbaharui cukai jalan yang selama ini tidak diendahkan, ia sebenarnya tidak membantu umat secara keseluruhannya.

Baharum pula ketika mencelah memberitahu, rebat tunai perlu ditingkatkan kepada pemilik motosikal kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah manakala pemilik kereta merupakan golongan berpendapatan lebih tinggi.

Inilah hakikat yang dapat kita saksikan apabila yang memerintah adalah sang Kapitalis. Mereka bertengkar di Parlimen kerana masing-masing mempunyai penyelesaian yang muncul akal masing-masing, bukannya yang muncul dari Al-Quran dan Hadis. Di kala para pemimpin yang kaya-raya bertekak sesama sendiri untuk kebaikan rakyat (kononnya), rakyat jelata terus dihimpit derita dan sengsara.

Source: MyKhilafah

Posted by wartawan at 12:34:52 | Permalink | No Comments »

Gelombang Media Massa Baru

Gelombang media massa telah melanda negara sehingga dikatakan perubahan politik negara yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) baru-baru ini adalah disebabkan oleh gelombang media baru yang melanda rakyat khasnya golongan belia. Secara sedar ataupun tidak, gelombang yang dihidangkan menerusi internet ini secara beransur-ansur sedang membentuk sikap, pandangan dan budaya baru dikalangan masyarakat.

Jika dahulu, media massa melihat seorang wartawan mewakili keseluruhan pendapat masyarakat tetapi menerusi gelombang baru ini, setiap perbezaan dan ‘suara kecil’ masyarakat akan disuarakan terus-menerus tanpa wujud sebarang sempadan.

Seperti kebenaran yang dilontarkan majalah Business Week, “Teruskan dan bencilah terhadap blog, tetapi anda tidak berupaya untuk menidakkannya kerana ia adalah sumber maklumat yang terkini semenjak internet itu sendiri dan ia akan terus-menerus membongkar dan memporak-perandakan segala-galanya termasuk diri anda.”

Fenomena politik negara dewasa ini memperlihatkan penggunaan blog dan e-mail telah berjaya mempengaruhi pandangan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan sebagai penyebar wadah dan pegangan seseorang individu, tetapi juga telah menjadi medium berkesan sebagai penghubung antara pemimpin atau ahli politik dan masyarakat sasaran. Mereka bebas menyatakan pendapat dan pegangan perjuangan mereka dengan cara lebih ‘bebas’ dan telus menerusi pendekatan mengikut pilihan dan kesesuaian perjuangan yang dikendong.

Ketika media massa menjadi ‘hak milik’ sekelompok kecil golongan elit politik, gelombang media massa baru ini menjadi medium paling berkesan bagi menyebarluaskan gagasan yang dimiliki. Internet menjadi media efektif bagi kelompok ini memandangkan sifatnya bebas dari segi ruang dan waktu tanpa diganggu dan dipengaruhi keadaan sekeliling.

Gelombang media massa seperti blog dan internet ini merupakan suatu medium penyebaran maklumat dan medium berkempen yang berkesan. Menurut Laporan Bivings ke atas hasil kajian penggunaan internet sebagai alat berkempen pilihan raya di Sepanyol pada tahun 2006 mendapati 95 peratus calon menggunakan internet sebagai medium berkempen meningkat daripada 55 peratus bagi tahun 2002.

Melihat kepada kepentingan dan pengaruhnya yang meluas dan tidak dapat disangkal, terdapat desakan daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) supaya mengiktiraf kewujudan internet dan blog sebagai media baru bagi penyebaran maklumat.

Hujahnya, fenomena mendapatkan maklumat menerusi Internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini selain turut mempengaruhi media arus perdana dan mengubah dunia kewartawanan pada masa kini.

Terdapat juga kajian mendapati wartawan juga turut menerima perubahan ini dengan sebahagian besarnya menyatakan mereka lebih gemar menulis blog kerana menerusinya mereka dapat menerima maklum balas daripada pembaca terhadap berita yang ditulis. Jika media massa masih lagi terikat dengan kod etika kewartawanan dan undang-undang tertentu, gelombang media baru ini terlepas daripada hal sedemikian. Dikatakan sehingga kini daripada sembilan juta blog yang wujud kini, 40 blog baru akan muncul setiap hari.

Sifatnya yang interaktif ini memungkinkan sesiapa sahaja yang memasuki dunia gelombang media baru ini memberikan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu yang diperbincangkan. Interaksi pro dan kontra, tambahan maklumat dan fakta-fakta baru kemudiannya terkandung membesar dan menyemarakkan lagi komuniti laman sesawang atau blog itu.

Benarlah seperti yang dikatakan Ketua Eksekutif Google Inc., Eric Schmidt dalam tulisannya di akhbar tabloid Sun, dunia talian menambah kuasa orang kebanyakan dengan keupayaan untuk mencabar kerajaan, pihak media dan perniagaan. Ia juga mengurangkan jurang sedia ada antara masyarakat dan maklumat, membolehkan akses lebih terbuka untuk pengetahuan manusia.

Di dalam senario negara kini, gelombang media baru ini berperanan membawa suara-suara alternatif yang menyamai suara kebebasan dalam setiap ulasannya. Ia bukanlah ubat mujarab untuk budaya yang sudah jenuh dengan media, tetapi mudah-mudahan ia adalah salah satu peredanya.

Source: Think Tank

Posted by wartawan at 12:32:55 | Permalink | No Comments »

WARTAWAN: KEMAHIRAN BAHASA PENTING

SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah. Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen. Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa.

Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik. Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton.

Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli perniagaan.Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea. Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami. Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu. Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi. Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media. Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta. Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.

Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan. Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-syarikat media cetak atau elektronik.

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana muda. Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan.

Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan, laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto, undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia. Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

     1.    Berminat dengan kerjaya ini

  1. Mempunyai kemahiran menulis
  2. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
  3. Memiliki bakat serta kreatif
  4. Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat
  5. Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
  6. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang
  7. Rajin mengikuti perkembangan semasa

Syarat menceburi bidang ini

Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini.

Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini.


Syarat melanjutkan pengajian

Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda.
Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.
 
Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar. UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus. Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja.

www.usm.my/education/kaunseling/tips

Posted by wartawan at 12:24:42 | Permalink | No Comments »

Tuesday, July 15, 2008

Agenda Barat Dalam Menghalang Kebangkitan Islam

PERTEMBUNGAN di antara yang hak dan batil telah berlaku sekian lama, iaitu sejak di zaman Nabi Adam a.s. sehingga zaman Nabi Muhammad saw. Pelbagai helah dan usaha telah digunakan untuk melemahkan dan memadamkan semangat para pejuang kebenaran. Godaan, rayuan, penipuan, diskriminasi dan kekerasan adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam serta pihak-pihak yang membenci Islam. Ini kerana mereka sedar bahawa Islam sebagai ideologi merupakan suatu ancaman kepada kewujudan sistem kufur hari ini. Namun Rasulullah saw. dan para sahabatnya tetap bersemangat dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan Islam, meskipun terpaksa mengorbankan segala-galanya dalam menghadapi realiti seumpama ini. Perkara ini sememangnya telah lama diakui oleh barat; sebagai contohnya seorang tokoh misionaris kristian, Kardinal Lavie Garry, pernah berkata “Tanpa diragukan lagi, agama yang paling kuat dan tidak boleh dikalahkan adalah agama Islam. Oleh kerana itu, para misionaris berharap agar seluruh kaum Muslim menjadi Kristian.” Raymond Lull, orang Kristian pertama yang mengumandangkan kristianisasi setelah mengalami di dalam Perang Salib menyatakan, “cara untuk menakluk Dunia Islam bukanlah dengan kekuatan senjata atau kekerasan, melainkan dengan ucapan, logik, dan kasih”.


Dalam situasi hari ini, orang-orang kafir melakukan pelbagai bentuk konspirasi. Kita telah menyaksikan begitu banyak propaganda yang penuh dengan kebencian dalam melakukan serangan untuk menghancurkan Islam. Dan kebanyakan kaum Muslimin di Barat menolak propaganda-propaganda tersebut. Sayangnya sebahagian daripada mereka menjadi lemah, bahkan kepercayaan mereka terhadap Islam mula goyah. Bahkan ada di antara mereka lebih cenderung untuk menegakkan ideologi Barat dengan harapan memperolehi manfaat yang tidak seberapa nilainya.

Sesungguhnya hanya segelintir kaum muslimin yang menyedari dan mempercayai serangan terhadap Islam adalah berbentuk ideologi dan sistem. Bagi kita yang telah memahami perkara sebenarnya, tidak ada pilihan lain kecuali menyiapkan diri kita untuk menunaikan perintah Allah swt yang telah diwajibkan ke atas kita dan juga ke atas seluruh kaum Muslimin, iaitu menyampaikan perkataan yang benar. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan kepada kaum seluruh kaum muslimin perkara-perkara penting berikut:
1. Islam adalah agama haq yang diwahyukan Allah Swt kepada penghulu para Rasul—Muhammad saw. Tetapi orang-orang Barat berusaha mengotori Islam dengan hal-hal yang bukan berasal dari Islam, dengan maksud untuk mengaburkan Islam. Juga untuk mempropagandakan bahawa peradaban mereka jauh lebih tinggi dan lebih baik dari peradaban Islam. Segala propaganda ini dilakukan untuk melemahkan Islam dalam jiwa; khususnya yang berkaitan dengan akidah. Penyelewengan Barat tersebut dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan membuat pembohongan tentang agama Ibrahim. Mereka menyatakan bahawa Islam adalah salah satu cabang dari agama Ibrahim as, sebagaimana agama Nasrani dan Yahudi. Ini menghasilkan konsep bahawa Islam dan agama-agama lain adalah sama. Konsep ini menimbulkan idea penyatuan agama-agama, ia menghasilkan suatu pandangan bahawa orang-orang yang beriman dari semua agama adalah sama. Oleh kerana itu mereka harus bersatu padu dalam melawan terorisme. Sedangkan pandangan yang sebenarnya adalah Islam merupakan satu-satunya agama yang benar, sedangkan selain Islam adalah salah ( batil). Keyakinan bahawa hanya Islam saja yang benar merupakan adalah sebahagian daripada Iman. Allah Swt berfirman:

“Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang Musyrik” (Ali Imran [3]: 67)

Selanjutnya Allah swt berfirman:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agamanya itu)” ( Ali Imran [3]: 85)

Dan firman-Nya:

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya…”( Al-Mujadilah [58]: 22)

Selanjutnya Allah Swt mendedahkan rancangan orang-orang kafir, dengan firman-Nya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” ( Al-Baqarah [2]:120)

Daripada ayat-ayat di atas dapat menerangkan kepada kita bagaimana sikap seorang muslim kepada agama-agama lain. Dengan demikian Allah swt telah menetapkan bagaimanakah bentuk hubungan antara Islam dengan agama-agama lain. Bentuk hubungan ini menjelaskan bahawa Islam dan kekufuran tidak akan pernah bertemu kepada satu titik kesefahaman tidak kira di dalam apa jua keadaan pun.


Kaedah lain (yang mereka gunakan) untuk melemahkan Islam dalam jiwa kaum Muslim adalah dengan cara menafsirkan nas-nas Islam dengan penafsiran yang tidak menunjukkan Islam sebagai satu ideologi atau sistem. Penafsiran yang mereka lakukan hanya menjadikan Islam sekadar sebuah agama sebagaimana agama Nasrani dan Yahudi. Sementara itu para ulama kepada penguasa yang menjadi agen Barat, berperilaku tidak ubah seperti para rahib dan pendeta Nasrani. Dan kata-kata mereka sama seperti propaganda yang dilontarkan oleh para pemikir Barat. Contohnya istilah jihad hanya merujuk kepada memerangi hawa nafsu dan bukan perang. Meskipun di dalam Al-Qur’an terdapat lebih dari 120 buah ayat yang menyebut kata jihad, dan menegaskan bahawa pengertian jihad adalah perang. Walaupun terdapat hadis Rasulullah saw yang dijadikan hujah, tetapi dalil daripada Al-Quran merupakan sumber yang sepatutnya diambil. Sedangkan maksud-maksud yang terkandung di dalam hadis seperti di atas adalah sekadar motivasi untuk melawan nafsu. Ia hanya menerangkan bahawa ganjaran melawan nafsu adalah sama dengan ganjaran di dalam jihad dan bukan memberikan takrifan jihad itu sendiri yang telah muktamad maknanya di dalam Al-Quran. Allah Swt berfirman:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang haq tersebut padahal kamu mengetahui” ( Al-Baqarah [2]: 42)

Kaum muslimin secara keseluruhan harus berpegang teguh terhadap Islam dan (meyakini) hanya Islam sajalah yang benar. Islamlah yang paling tinggi. Tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Bersikap waspadalah agar tidak melakukan penyimpangan daripada Islam ketika berusaha mempertahankan diri mereka dan hak-hak mereka di dalam dunia yang penuh dengan kekafiran sekarang ini. Janganlah kita termasuk ke dalam segelintir kaum muslimin yang cenderung untuk menyimpang daripada Islam semata-mata hanya untuk memperolehi manfaat daripada sistem dan orang-orang yang kafir.


2.
Sesungguhnya orang-orang kafir berasa hairan terhadap perasaan yang ada antara kaum muslimin satu dengan yang lain. Muslim Afrika dan Malaysia meskipun jaraknya berjauhan antara satu dengan yang lain, mereka sama-sama melakukan tindakan mencela serangan (Amerika) terhadap Afghanistan sebagaimana tindakan kaum muslimin di wilayah lain. Ini adalah bukti bahawa kaum muslimin masih menganggap dirinya sebagai umat yang satu, meskipun dikongkong oleh sempadan geografi. Allah Swt berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…” ( Al-Hujurat [49]:10)

Rasulullah saw bersabda:

“Seorang muslim itu saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzalimi dan juga tidak boleh menyerahkan saudaranya (pada musuhnya)”

Kebingungan orang kafir ini semakin mendorong mereka untuk membenci kaum Muslim dan mereka berusaha untuk menghancurkan kesatuan ini. Demikianlah seterusnya. Kita terus mendengar pendapat-pendapat para pemimpin Barat yang mendakwa bahawa di antara kaum muslimin ada yang bersikap moderat, fundamentalis, beradab dan ada pula yang teroris. Sebenarnya dengan klasifikasi sedemikian itu mereka sedang mencerai-beraikan kesatuan kaum. Oleh karena itu telah menjadi suatu kewajiban atas seluruh individu muslim pada saat ini untuk bersatu padu menghadapi tentangan yang dihadapkan pada mereka ini. Tidak dibolehkan seorang muslim menipu saudara muslimnya atau menyusahkannya hanya untuk menjauhkan celaan pada dirinya atau bahkan di dalam usaha memdapatkan penghargaan daripada orang-orang kafir. Tidak dibolehkan kaum Muslim mengusir saudara mereka meskipun mereka berbeza pendapat, berlainan madzhab, aliran pemikiran atau gerakan. Kita mesti sedar bahawa serangan yang diarahkan pada kaum muslimin bersifat secara keseluruhan termasuk kaum muslimin yang sedang dipergunakan oleh Barat, Akhirnya, pasti tidak seorangpun daripada kaum muslimin mahupun jama’ah Islam yang akan terselamat dari serangan tersebut.

3. Kehancuran negara Khilafah Islamiyah 80 tahun yang lalu antaranya adalah disebabkan oleh serangan dan gerakan-gerakan nasionalis yang dibelakangi oleh Barat terutamanya British. Kemudian mereka mendirikan institusi-institusi yang rapuh di atas runtuhan institusi khilafah tersebut, melantik penguasa-penguasa yang tunduk dan patuh kepada mereka. Penguasa-penguasa muslim ini kemudiannya mendakwa penubuhan semula sistem khilafah Islamiyah akan menyebabkan ketidakstabilan. Oleh karena itu mereka menyeru kaum muslimin menolak seruan ini. Mereka juga mengajak kaum muslimin ( sudah tentu dengan maksud menyesatkan) untuk mengambil penyelesaian yang tidak bersifat menyeluruh. Sementara pada masa yang sama mereka sendiri ( para penguasa tersebut ) pasrah kepada Barat.

Dengan demikian umat wajib menolak ajakan tersebut. Umat hendaknya memahami bahawa negara Khilafah Islamiyahlah yang akan menerapkan Islam. Ketidakstabilan dan bahkan keruntuhan sistem sekarang ( Kapitalis moden/ dilaknat Allah swt) adalah untuk menggantikan suatu sistem yang diredhai Allah swt iaitu sistem Khilafah Islamiyah. Tanpa kewujudan sistem Khilafah ini, tidak mungkin bagi masyarakat untuk terikat dengan Islam secara sempurna. Penerapan (sistem) Islam bukan sekadar menerapkan sebahagian kecil hukum penghukuman Islam tetapi kesemuanya. Islam adalah agama yang sempurna dari Allah swt yang mengatur seluruh aspek dan memecahkan semua masalah kehidupan. Contohnya, Islam mengatur bagaimana tatacara memperoleh kekayaan dan bagaimana tatacara pengagihannya melalui sistem ekonomi yang adil. Islam juga mengatur bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan dengan sistem sosial yang harmoni. Bahkan Islam juga menjamin keadilan melalui penerapan sistem peradilan yang sama sekali tidak memberikan kesempatan bagi orang kaya atau orang yang memiliki kedudukan untuk mendapat layanan istimewa kerana harta dan pangkat. Perolehan hukum dalam sistem ini hanya dilakukan dari nas-nas Al-Qur’an dan Sunnah mahupun Ijma’ Sahabat dan Qiyas. Sayangnya, sistem ini tidak diterapkan pada masa ini, kerana tidak wujudnya sistem Khilafah.

Penerapan sistem Khilafah inilah yang melahirkan kekayaan fiqh Islam yang luar biasa, dan yang menjadikan kaum muslimin kemudiannya akan kembali menerajui dunia di dalam seluruh bidang sebagaimana ketika zaman keemasan Islam dahulu. Negara sistem ini kelak akan memimpin masyarakat untuk maju tanpa mengalami kerosakan. Negara seperti inilah juga yang akan memberikan intensif-intensif yang perlu bagi manusia untuk terus meningkatkan kemampuan keintelektualannya tanpa ada sifat sombong dan angkuh.

4. Ketika orang-orang kafir melakukan serangan-serangan keji dan hina terhadap Islam mahupun ke atas pejuang-pejuang dan pendakwah Islam yang ikhlas, kita menyaksikan adanya sebahagian kaum muslimin yang berputus-asa di dalam usaha untuk mengembalikan (penerapan sistem) kehidupan Islam. Mereka bersikap pasrah. Kepasrahan tersebut menyebabkan mereka berdiam diri ketika Islam diserang dari segi pemikiran yang sedang terjadi di tengah-tengah umat. Saat ini adalah masanya untuk kita menghapuskan sifat berputus-asa, pasrah, dan bersikap tidak kisah. Telah tiba waktunya untuk menyingkirkan pemikiran-pemikiran dan tsaqafah Barat yang hina sehingga ke akar-umbinya. Hal itu adalah hak bagi kaum muslimin; kerana memang Allah swt sentiasa berserta dengan kaum mukmin. Firman Allah Swt:

“Dan janganlah kalian merasa hina dan juga berputus asa, sungguh kalian adalah yang paling tinggi apabila kalian beriman” ( Ali Imran [3]: 139)

Wahai kaum Muslim,

Sesungguhnya Barat telah mengaburi umat Islam, menyerang, dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang menyesatkan ke atas generasi pemuda-pemuda mukmin yang berusaha siang dan malam untuk membela Islam. Kuasa-kuasa kafir ini terus-menerus tanpa segan silu merampas hak kaum muslimin serta melemahkan pemikiran muslim siang dan malam. Inilah usaha jahat orang-orang kafir sejak bermulanya perang Salib. Mereka berkehendak supaya kaum muslimin meninggalkan aqidah mereka dan memeluk aqidah sekular iaitu aqidah yang berkonsepkan memisahkan agama dengan kehidupan. Hari ini, Barat telah berupaya memisahkan aqidah umat Islam daripada urusan kehidupan. Apa yang tinggal hanyalah aspek kerohanian yang diamalkan di dalam masjid sedangkan di dalam urusan harian, sistem yang diamalkan bertentangan sama sekali dengan aqidah yang mereka anuti. Ternyata keadaan seperti ini sangat memerlukan seseorang muslim untuk bersama-sama membela Islam dengan kembali mengkaji tsaqafah Islam yang benar dan dengan penuh keikhlasan menyebarkannya ke dalam masyarakat. Sesungguhnya kewajipan ini terletak di atas setiap kaum muslimin. Maka wajib bagi mereka untuk mengerjakannya.


Untuk mengagalkan perancangan-perancangan keji daripada Barat ini, Islam memerintahkan kita semuanya untuk bangkit dari terus membela Islam; mengetahui hakikat penguasaan orang-orang kafir serta pengaruh-pengaruhnya terhadap kita. Supaya kita dapat memelihara akidah, agama, dan kewujudan kita sebagai umat. Dan kita tidak lagi bersikap rendah diri dan bersifat lemah ketika menghadapi propanganda Barat yang cenderung menunjukkan kekuatan mereka kepada kita. Yang sebenarnya Islamlah yang paling tinggi dan apa yang harus dilakukan sekarang ialah mengejutkan ‘gergasi’ yang sedang tidur supaya barulah dapat disaksikan keagungan dan ketinggian mabda Islam melalui penubuhan sistem pemerintahan Khilafah. Allah Swt berfirman:

“Maka janganlah kalian takut kepada mereka dan takutlah kalian kepada Kami, jika kalian orang-orang yang beriman” ( Ali Imran [3]:175)

Dan ingatlah firman Allah

“Siapa saja yang mencari agama selain Islam, sekali-kali tidaklah akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” ( Ali ‘Imran [3]: 85)

 

Posted by wartawan at 06:18:24 | Permalink | No Comments »

Metodologi Perjuangan Intelektual Tanpa Senjata

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” [At-Taubah :100]

Di tanah suci, para tetamu Allah disajikan air Zamzam dari telaga suci sebagai anugerah Illahi untuk pengorbanan seorang ibu bernama Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya. Di sini, sanak saudara menanti kepulangan para tetamu Allah ini dan mungkin dalam penantian ini molek rasanya kita merenung kembali sejarah silam sebagai nostalgia indah, tatkala kaum muslimin masih hidup tanpa Daulah, dengan kisah yang diabadikan Allah mengenai golongan ‘Ansar’. Kisah sebuah rombongan jemaah Haji dari Yathrib dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah, yang terdiri dari anggota Bai’atul Aqabah yang ke II. Kepulangan mereka kali ini bukan sebagai sebuah kepulangan biasa. Tetapi kepulangan mereka pada kali ini adalah dengan janji yang mereka perlu kotakan. Indah sekali kata-kata mereka semasa mengenggam erat tangan Nabi SAW. Mereka telah memadu janji untuk mempertahankan Rasulullah jika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.


Marhalah dakwah Rasulullah

Pembai’atan mereka ini merupakan satu mercu tanda berdirinya Negara Islam yang pertama di dunia. Pemuka-pemuka dari Aus dan Khazraj ini telah melakar satu detik bersejarah dalam rentetan perjuangan gerakan Islam terulung di dunia; mereka telah mengisi sebuah perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya dalam marhalah kedua dakwah Rasulullah SAW. Ini jelas dapat dilihat didalam perjuangan Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang meyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia.

Selesai marhalah pertama di rumah Arqam bin Abi Arqam, dan melangkah ke fasa kedua dalam perjuangan suci Baginda SAW membawa risalah ke seluruh penjuru bumi Arab, anggota gerakan Islam ini mula disiksa, ditindas, dimaki hamun; malah ada pengikutnya dibunuh dan ditimpa berbagai bentuk penyiksaan yang sekelumit sahaja dapat dicoret oleh tinta, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa mengenal penat lelah Baginda SAW memohon pertolongan kepada beberapa kabilah untuk melindungi gerakan Islam ini namun hasilnya amat mendukacitakan. Di Thaif kekasih Allah ini dibaling dengan batu, sedangkan binatangpun tidak layak diperlakukan demikian. Kalau adapun kabilah yang mahu membantu, mereka meletakkan pelbagai syarat berbau perkauman namun ternyata Junjungan Mulia SAW menolak, sehingga datangnya jemaah Haji dari Madinah yang sanggup memberikan Nusrah (bantuan dan janji setia) kepada perjuangan beliau.

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuang Rasulullah. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting,   

Pertama: untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.Kedua: untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Negara Islam dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ternyata setelah Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah, sebagai detik yang dinanti-natikan oleh penduduk Yathrib, Kaum Ansar bersedia untuk mempertahankan Baginda SAW dengan kemampuan semaksima mungkin dan tampuk pemerintahan diserahkan kepada Rasulullah SAW dimana Negara yang diasaskan oleh Baginda SAW kemudian menjadi Kuasa Besar di dunia dan diperintah dengan hukum-hakam yang diredhai oleh Allah SWT.

Perjuangan Intelektual Tanpa Kekerasan

Dalam keghairahan gerakan atau jemaah atau parti politik Islam untuk melihat kembalinya Negara Islam di mayapada ini, sebagaimana berdirinya Negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah, janganlah kita sekali-kali alpa dengan tariqah perjuangan Rasulullah yang bersifat intelektual tanpa ada pertumpahan darah. Tariqah menegakkan Negara Islam dengan menggunakan senjata ini jelas terkeluar dari kancah perjuangan Rasulullah selama 13 tahun di Mekah. Oleh hal yang demikian hukum-hakam tentang parti politik hendaklah difahami dengan jelas, bagi memastikan kita berada di jalan yang benar. Fakta ini dapat dijelaskan setelah kita meneliti nas yang berkaitan. Firman Allah SWT:

“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” [Ali Imran 104].

Ayat Al-Quranul Karim ini merupakan seruan yang sangat jelas kepada umat Islam untuk membentuk suatu jema’ah, kelompok dakwah atau sebuah parti politik Islam, sekaligus membatasi aktivitinya kepada dua kegiatan: Pertama, berdakwah kepada Islam (terhadap non-muslim); dan kedua, melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar di tengah-tengah kaum Muslimin.


“..Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat..”
[Ali Imran 104].

Sebenarnya ayat ini ditujukan kepada gerakan Islam agar melakukan tugas yang diserukan didalamnya. Bahkan, syari’at Islam mengharuskan adanya jemaah, kelompok dakwah atau parti-parti Islam pada setiap masa secara terus menerus, khususnya pada saat kewujudan Daulah Islam. Meskipun Daulah Islam untuk seluruh kaum Muslimin masih belum wujud ketika ini, terdapat dalil lain yang tetap memerlukan adanya gerakan Islam dengan berpedomankan kaedah syara’ yang mengatakan:


“Apabila suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu wajib pula hukumnya”.[
Lihat  Al Muwafaqaat, Imam Asy Syathibi, Jilid II/ 394.]


Daulah Islam tidak akan tegak berdiri tanpa adanya suatu gerakan Islam yang berusaha untuk menegakkannya.


Mencegah kemungkaran dengan ‘’tangan’’ yang merupakan aktiviti fizik seperti mengangkat senjata, tindakan kekerasan dan sebagainya,  bukanlah kegiatan amar ma’ruf nahi munkar seperti yang disebutkan didalam ayat diatas. Ayat ini membatasi aktiviti gerakan hanya untuk berdakwah saja, baik dakwah yang berupa seruan untuk memeluk agama Islam, ataupun dakwah yang berupa ajakan untuk melaksanakan Islam dengan cara amar ma’ruf nahi munkar, yang kesemuanya merupakan aktiviti intelektual (mengajak berpikir dan menentukan sikap).
Ayat itu tidak dapat dijadikan alasan atau dalil penggunaan ‘’tangan’’ oleh gerakan Islam dalam mencegah kemungkaran, walaupun bagi individu telah ada perintah yang membolehkan seseorang mencegah kemungkaran dengan ‘’tangan’’ sesuai dengan kemampuannya. Berdasarkan pemahaman dari sabda Rasulullah saw:

“Siapa saja di antara kalian melihat (suatu) kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mencegahnya dengan tangannya …”  [HR Muslim]

Para ulama sepakat bahawa kemungkaran itu tidak boleh dicegah dengan senjata. Seorang individu tidak wajib mencegah kemungkaran apabila tindakannya justru akan menimbulkan kemungkaran yang lebih besar lagi [Lihat Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi, jilid II, hal 25-35] .

Dari kitab-kitab Sirah Nabi SAW ada disebutkan bahawasanya Abdurrahman bin Auf RA dan beberapa orang sahabat lainnya mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata: 

“Ya Nabiyullah. Dahulu, tatkala kami masih musyrik, kami dimuliakan. Tetapi tatkala kami telah beriman, kami dihinakan”. Rasulullah saw menjawab: ”Aku telah diperintahkan untuk menjadi orang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah kalian memerangi mereka (Quraisy)”. [HR An Nasa’i]

Dari pengaduan Abdurrahman bin Auf RA dan kemudian Rasulullah SAW menjawab agar bersifat pemaaf dan tidak membolehkan mereka memerangi orang-orang Quraisy atau yang lainnya, maka kita dapat memahami bahawa Rasulullah SAW tidak membolehkan gerakan melakukan reaksi terhadap tindakan kekerasan dengan cara membalasnya. Yang beliau lakukan menyuruh para sahabat RA untuk bersabar (menahan diri) padahal ketika itu Rasulullah SAW mampu mengerahkan kaum Muslimin untuk membalas kekerasan yang dilakukan orang-orang kafir itu dengan perbuatan yang setimpal dalam setiap kejadian yang menyakiti dan membahayakan kaum Muslimin. Namun ternyata, beliau tidak melakukannya meskipun tindakan itu seolah-olah diperlukan, dan meskipun ada pengaduan dari sahabat supaya Rasulullah SAW melakukannya. Hal ini menunjukkan bahawa baginda melarang kaum Muslimin melakukan tindakan kekerasan/fizikal atas nama gerakan dakwah. Peristiwa ini berlaku di Makkah sebelum berdirinya Daulah Islam di Madinah.

Dalil-dalil lain yang memperkuatkan pemahaman ini adalah tindakan dan aktiviti dakwah Rasulullah SAW di Makkah yang berlangsung selama 13 tahun. Baginda melakukan aktiviti dakwah dan meminta pertolongan kepada orang-orang terkemuka dari seluruh Jazirah Arab dengan tujuan agar dakwah baginda berhasil dalam menegakkan Daulah Islam. Rasulullah SAW dalam hal ini telah  membatasi  kegiatannya kepada  aktiviti-aktiviti  yang bersifat intelektual (fikriyah). Baginda tidak pernah melakukan aktiviti yang bersifat fizikal, sebagaimana yang dikatakannya kepada para sahabatnya setelah Bai’at Aqabah II: 

 “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)”. [As Sirah An Nabawiyah, Imam Adz Dzahabi, halaman 202.]

Baginda menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jama’ah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Baginda tidak mengatakan kepada mereka: “Kita belum mampu”, tetapi baginda mengatakan: “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu”.  Dan Rasulullah SAW hanya mengizinkan mereka melakukan perang, setelah baginda bersama kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah dan dan mendirikan Daulah Islam di sana. Saat itulah diturunkan firman Allah SWT yang berbunyi [Lihat  As Sirah An Nabawiyah, Imam Az Zahabi, halaman 467-468.]:

“Telah diberi izin (untuk berperang) bagi orang-orang yang telah diperangi, kerana mereka telah dizalimi” [Al Hajj: 39]

Mafhum Mukhalafah (makna sebaliknya) dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tidak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujjah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah SWT berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan  dirikanlah solat’”  [An Nisa 77].

Tiadanya keizinan untuk melakukan tindakan kekerasan pada ketika itu menunjukkan adanya larangan keras melakukan tindakan kekerasan tersebut dalam usaha mendirikan Daulah Islam pada setiap zaman. Sedangkan diturunkannya izin melakukan tindakan fizikal setelah tegaknya Daulah Islam menunjukkan bahwa aktiviti fizikal merupakan salah satu perkara yang tidak termasuk didalam langkah-langkah suatu gerakan untuk menegakkan Daulah. Inilah hukum Islam yang perlu diteladani ; hukum mengenai dakwah pertama dalam sejarah umat Islam, dakwah yang dipelopori oleh kelompok sahabat yang dipimpin Rasulullah SAW.

Khatimah

Islam tidak akan dapat diterapkan secara sempurna dan menyeluruh kecuali dengan wadah khilafah. Penerapan syariah adalah suatu kewajiban dan hal itu tidak akan dapat dicapai kecuali dengan media khilafah, maka penegakkan khilafah itu menjadi wajib sesuai dengan kaedah ushuliyah.

Keadaan umat menjadi tidak menentu bahkan tidak bererti di mata blok kafir dengan tidak adanya institusi khilafah yang dapat melindungi kepentingan umat. Sejak jatuhnya khilafah Utsmaniyah pada 3 Mac 1924 perjuangan umat berubah menjadi kelompok-kelompok dan jamaah-jamaah. Masing-masing berusaha untuk mengembalikan khilafah yang hilang itu dengan menempuh pelbagai jalan. Ada yang menggunakan jalan politik, ada jalan pendidikan, ada jalan ekonomi, dan ada jalan kekuatan ketenteraan. Kesemuanya itu belum menunjukkan keberhasilannya, sementara jalan Allah untuk memberikan khilafah itu sebagai suatu kepastian, di manakah kesilapan kita.
 

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, …” [An-Nur: 55].

Posted by wartawan at 06:10:25 | Permalink | No Comments »

Wartawan Muslim Perlu JAdi Suara Kebangkitan Ummah

Dunia kewartawanan adalah dunia perjuangan.Mahu tidak mahu, pembabitan wartawan dalam agenda negara mahupun dunia, adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak. Seorang wartawan, yang benar-benar menjiwai kerjayanya, serta mempunyai jati diri yang kuat, pasti akan menjadikan tulisannya itu sebagai pedang bagi satu perjuangan.

Sedar atau tidak, itu adalah peribadi seorang penulis atau wartawann. Seseorang wartawan itu bisa mengubah kalamnya, daripada selembut lidah menjadi setajam pedang. Bisa melukakan sesiapa saja, berpangkat ataupun tidak, Raja atau Sultan, Pembesar mahupun pemerintah.

Lihat sahaja sejarah dalam usaha pembetukan negara Israel. Seorang wartawan Israel bernama Theodor Haerzl, adalah insan yang bertanggungjawab untuk membangkitkan semangat kaum Yahudi mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara sendiri.
Beliau berjaya mencetuskan kebangkitan kaum Yahudi melalui penulisannya, yang menyebabkan wujudnya negara Israel seperti yang ada pada hari ini.

Keberkesanan mata pena, sememangnya sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Tidak hairanlah, ramai cendekiawan, pemikir dan ulama dalam Islam yang menggunakan bidang penulisan sebagai satu cabang dakwah mereka.

Nama seperti Rasyid Rida, Muhammad Abduh, adalah antara tokoh pemikir Islam yang terlibat dalam dunia penulisan dan kewartawanan sebagai jalan untuk kesimbungan dakwah Islam yang lebih berkesan.

Ulama di Malaysia, termasuk tokoh ulama, Tok Kenali berpendapat, bahawa bidang penulisan dan media, perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh umat Islam. Ini adalah demi kebaikan dan penyaduran maklumat yang berguna kepada umat Islam. Tok Kenali juga terlibat dalam dunia penulisan dan kewartawanan apabila beliau sendiri menjadi ketua pengarang untuk majalah Pengasuh.

Seseorang wartawan tidak perlu menggunakan senjata seperti parang, senapang dan sebagainya untuk menyampaikan maksud perjuangan, tetapi hanya dengan goresan pena, ataupun ketukan mesin taip yang mengalunkan ritma-ritma suara kebebasan, sudah memadai.
Biarpun tidak bersenjata, namun adakalanya wartawan terpaksa menghadapi masalah-masalah yang beratnya hampir sama dengan perjuangan yang mengangkat senjata. Berdasarkan sejarah kewartawanan, hakikat ini tidak dapat dinafikan.

PERJUANGAN WARTAWAN MELAYU SEBELUM MERDEKA

Kita susur sejarah perjuangan wartawan Melayu tanahair secara ringkas. Apabila menyoroti sejarah hidup tokoh wartawan seperti Tan Sri Samad Ismail, Rahim Kajai, Burhanuddin Helmi,Said Zahari dan ramai lagi, jelas ketika itu, wartawan harus membayar harga perjuangan mereka melalui penulisan dengan nilai yang tinggi.

Contohnya, seperti Tan Sri Samad Ismail, bukan sekali, bukan dua, tetapi sebanyak tiga kali beliau disumbatkan ke dalam penjara, lantaran ketajaman mata pena yang ditarikan beliau.
Mengapa dipenjara? Beliau tidak menggunakan kekerasan. Jauh sekali senjata api atau bom, seperti mana hari ini. Hanya sebuah mesin taip buruk, serta ilham perjuangan yang datang dari Tuhan, itu sudah cukup untuk menggoncangkan hati dunia.

Namun itulah penangan seorang wartawan. Tulisannya bukan sekadar huruf, tetapi ia hadir bersama-sama dengan semangat jati diri bangsa yang tumbuh mekar dalam taman pemikiran dan hati. Datang bersama hunusan pedang yang tidak terlihat, tetapi bisa untuk merobek dan melukakan jiwa dan hati manusia.

Jika mahu dibandingkan suasana bekerja wartawan dahulu dan sekarang, boleh dikatakan jauh panggang dari api. Itulah pepatah yang dirasakan sesuai untuk mengungkapkan beza perjalanan wartawan dulu dan masa kini.

Wartawan dulu bukan sekadar bertemankan mesin taip, tetapi turut bertemankan cemuhan, ugutan dan gertakan. Penuh cabaran dan dugaan. Apatah lagi hidup dalam zaman perjuangan. Segalanya ketika itu hanya dibayar dengan hanya nilai setitis air mata.

Perjuangan wartawan hari ini, mungkin tidak lagi bermandi air mata atau darah, tetapi cabarannya lebih hebat jika dibandingkan dengan perjuangan wartawan sebelum ini. Hari ini, golongan wartawan tidak lagi berjuang untuk kemerdekaan fizikal, tetapi perjuangan kali ini ialah untuk memecahkan belenggu pemikiran yang masih terjajah.

Hakikatnya, hari ini bangsa Melayu sudah tidak terjajah fizikalnya, namun mentalitinya masih serabut dengan tinggalan saki baki pemikiran barat. Dan menjadi salah satu tanggungjawab golongan wartawan Melayu adalah untuk membina pemikiran dan menyadurkan maklumat yang boleh meleraikan belenggu pemikiran jumud yang menghantui umat Melayu hari ini.

WARTAWAN MELAYU DAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH ISLAMIYAH

Wartawan juga boleh dianggap berkhidmat untuk masyarakat. Berita dan maklumat yang disebarkan mencerminkan fikiran masyarakat. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, Wartawan perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah pengantara bagi masyarakat untuk meluahkan perasaan suka dan duka, marah dan kecewa, terhadap apa jua isu atau permasalahan yang melanda.

Sebenarnya, wartawan memikul tanggungjawab sosial yang begitu berat. Ini disebabkan, sesuatu maklumat atau tulisan yang disampaikan kepada masyarakat itu mampu mencorak fikiran masyarakat sama ada ke arah pemikiran memihak, tidak memihak atau berkecuali iaitu membentuk sama ada ‘fikiran positif atau negatif’.

Malah perlu diingatkan, bahawa tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap perintah amar makruf nahi mungkar, adalah lebih besar kerana golongan ini mempunyai medan suara yang luas pengaruhnya, iaitu media.

Abad 21 menyaksikan perkembangan teknologi maklumat yang begitu sofistikated dan mudah. Hari ini, maklumat hanya berada di hujung jari. Baik dirumah, di tempat kerja, atau di mana saja, teknologi yang dibina memudahkan manusia mendapatkan input-input maklumat yang berguna.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi terkini muncul seiring dengan kebaikan, sekaligus tidak mencicirkan keburukan untuk dibawa bersama. Ini adalah sesuatu yang lumrah, dan sering terjadi kepada negara-negara yang menuju modenisasi dan yang telah sedia moden.

Apa yang lebih menyedihkan, banyak berlaku peristiwa jenayah seperti rogol, berpunca daripada kemudahan teknologi yang ada pada hari ini. Teknologi yang sepatutnya membawa kebaikan kepada umat manusia, boleh bertukar menjadi penghancur kepada kehidupan sosial manusia, sekiranya langkah berhati-hati serta membendung gejala negatif akibat pengaruh teknologi tidak dilaksanakan.

Satu persoalan, tanggungjawab siapakah untuk memberi penerangan terhadap masyarakat, akan virus yang sedang menular di kalangan anak-anak Melayu hari ini? Golongan wartawan dan penulis, adalah mereka yang paling dekat dengan segala kemudahan komunikasi ini. Persoalannya, adakah para wartawan, atau penulis pada hari ini memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan teknologi komunikasi hari ini, demi kebaikan agama, bangsa dan negara?

Dalam hal ini, seorang tokoh wartawan Melayu, Said Zahari, berkomentar mengenai dunia kewartawanan pada hari ini. Mungkin apa yang beliau katakan itu, tidaklah menggambarkan keseluruhannya, tetapi ia adalah imej rambang terhadap dunia kewartawanan hari ini daripada skop pemerhatian ‘orang lama’.

Antara kata-kata beliau dalam satu wawancara majalah Dewan Masyarakat : “ Inilah bezanya wartawan dahulu dengan wartawan sekarang. Wartawan sekarang sudah tidak lagi memikul tanggungjawab yang sebenarnya. “Tak payah susah-susahlah, janji tiap-tiap bulan gaji masuk dlm bank,”

Secara rasional, memang ada benarnya kenyataan orang lama itu. Dan hari ini, salah satu perkara yang menghantui wartawan Melayu adalah glamour. Baik dari sudut populariti diri, atau penulisan yang bernawaitu kepentingan diri, tanpa menghiraukan akibat pada komuniti pembaca.

Hakikatnya, dunia kewartawan Melayu hari ini kekurangan penulis dan wartawan yang benar-benar sayangkan agama dan bangsanya, seperti golongan wartawan Melayu yang wujud ketika zaman perjuangan dulu.

Mungkin hari ini, para wartawan Melayu menganggap bahawa perjuangan sudah tamat, tidak ada apa yang hendak diperjuangkan lagi. Cara berfikir sebegitu adalah silap, kerana zaman selepas merdeka inilah sebenarnya, bermula satu zaman perjuangan yang lebih mencabar bagi wartawan Melayu Islam.

Posted by wartawan at 06:01:35 | Permalink | No Comments »

Sunday, July 13, 2008

Selamat Datang Ke Wartawan Ummah Online

Assalamualaikum wr.wb.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat dan keizinan yang dipinjamkan wartawan dapat kembali semula ke alam maya ini. Kemunculan semula ini atas rasa kesedaran semula dan permintaan teman-teman lama wartawan.

Alhamdulillah jua, disebabkan kekangan masa yang ada, kemunculan semula pada kali ini hanya dengan menggunakan platform Blog. Apapun diharapkan yang lebih utama adalah intipati yang ingin wartawan sampaikan. InsyaAllah akan cuba dikemaskinikan semampu mungkin. Sebarang komentar sila ajukan kepada wartawan. Syukran.

Posted by wartawan at 19:03:36 | Permalink | Comments (1) »